PENGUMUMAN DAN TERKINI

==> Selamat Menyambut Hari Guru!
Tema Hari Guru 2012: Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah awal Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai (SKJP) bermula pada tahun 1939 di mana pada masa itu dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru. Didirikan di atas sebidang tanah seluas 4 ekar 2 rod 37 pol. Sekolah ini terletak di Jalan Pegawai dan hanya satu kilometer sahaja dari pusat bandar. Guru Besar yang menerajui sekolah ketika itu ialah Encik Yahya bin Mohammad (Jan 1937- Mac 1943). Pada masa itu terdapat hanya satu bangunan Blok A yang mempunyai empat bilik darjah.

Pada tahun 2000 nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai. Rasional pertukaran nama sekolah ini dibuat bagi mengelak kekeliruan kerana terdapat dua buah sekolah yang sama namanya cuma dipisahkan dengan perkataan 'Baru' dan 'Lama'. Dengan itu aspek perhubungan media seringkali berlaku kesilapan.

Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai telah berkembang setapak lagi pada tahun 1950 di mana satu lagi bangunan (Blok B) telah siap didirikan dan dapat menampung lapan bilik darjah. Bangunan ini dibina khas bagi menampung bilangan murid yang bertambah. Pada tahun 1995 sekali lagi sekolah ini mendapat penambahan Blok D dan seterusnya penambahan Blok E pada tahun 2010. Dengan penambahan Blok E, kelas sesi petang ditamatkan dan Sekolah Kebangsaan Jalan pegawai menjalankan kelas satu sesi  dimana kelas hanya dijalankan pada sesi pagi sahaja.

Sejak tahun 1939 sehingga kini, seramai 23 orang Guru Besar telah menerajui Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai. Di bawah pentadbiran Guru Besar sekarang Datin Hjh Rusna binti Abdullah@ Long yang merupakan Guru Besar perempuan pertama, sekolah ini mencapai prestasi cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum seiring dengan motto sekolah " Terbaik Di Antara Baik". 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

GALERI SK JALAN PEGAWAI