PENGUMUMAN DAN TERKINI

==> Selamat Menyambut Hari Guru!
Tema Hari Guru 2012: Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara

KEM MOTIVASI BADAN UNIT BERUNIFORM 2011

Unit Kokurikulum  telah menganjurkan Kem Motivasi Badan Unit Beruniform kepada semua murid Tahun 4 dan Tahun 5. Kem ini telah di adakan pada tarikh 25 Oktober 2011( Hari Selasa) yang bertempat di Dewan Terbuka SKJP.



PERUTUSAN GURU BESAR



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahnya SK Jalan Pegawai telah berjaya mewujudkan blog sekolah untuk dimanfaatkan bersama.

Dengan wujudnya blog ini, diharap SK Jalan Pegawai lebih dikenali oleh masyarakat sekitar, sekaligus sebagai penghubung dan penyebar maklumat yang lebih pantas dan terkini kepada murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat. Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus berjaya menghasilkan anak didik yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kerjasama dari semua warga SK Jalan Pegawai dalam menjayakan usaha-usaha murni ini sangatlah saya hargai. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman blog ini.

 Sekian....

Datin Hj Rusna Binti Abdullah@ Long
Guru Besar Sk Jalan Pegawai

HARI KEUSAHAWANAN SEKOLAH


Unit Kokurikulum SKJP sekali lagi akan menganjurkan Hari Keusahawanan bagi memenuhi perancangan aktiviti kokurikulum untuk tahun 2011. Kali terakhir Hari Keusahawanan ini diadakan pada penghujung tahun 2010. Pada hari tersebut semua warga Sk Jalan Pegawai akan membeli sambil menderma dengan menggunakan kupon yang telah ditetapkan oleh sekolah. Banyak gerai jualan ditubuhkan.


Tujuan Hari Keusahawanan diadakan adalah  mengumpul dana  untuk menceriakan bilik darjah serta  membantu usaha pemuliharaan infrastruktur sekolah demi keselesaan murid..


Hari Keusahawanan ini  diadakan pada:


Tarikh : 2 November 2011 (Hari Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.15 petang
Tempat : Tapak Perhimpunan SKJP

SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MELALUI SAPS

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau lebih dikenali dengan SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibu bapa melihat prestasi pencapaian anak mereka di sekolah. Hanya beberapa langkah sahaja yang diperlukan untuk semak keputusan peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, ujian penilaian dan peperiksaan percubaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Berikut merupakan langkah untuk semak keputusan peperiksaan melalui SAPS:

1) Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
2) Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama adaSekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

GALERI SK JALAN PEGAWAI