==> Selamat Menyambut Hari Guru!
Tema Hari Guru 2012: Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara
Lagu Tema Hari Guru 2012
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
ulang c/o x2
Liputan Majlis Persaraan Cikgu Badren Binti Md Saad
Saat-saat kehilangan seorang guru yg baik hati iaitu Cikgu Badren telah besara.Beliau telah lama menyumbang bakti sebagai guru pemulihan kepada warga SKJP. Jasamu dikenang....selamat mengharungi fasa kehidupan yang baru, semoga bahagia dan sentiasa hidup di dalam keberkatanNya. Aminn......
TARIKH CUTI PERSEKOLAHAN 2012
Berikut adalah jadual penuh atau kalendar persekolahan bagi sesi 2012 yang diambil dari KPM. Jadual ini menunjukkan penggal persekolahan murid sekolah, jumlah hari persekolahan, jumlah hari bercuti dan juga cuti ganti bagi sesi 2012 nanti. Dengan ini, membolehkan para guru tampal pada buku pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Serta, boleh merancang untuk aktiviti sekolah dikala musim cuti, seperti kelas tambahan dan sebagainya. Begitu juga dengan cuti peribadi bersama ahli keluarga. Manfaatkan masa sebaiknya.
SAAT-SAAT KEPUTUSAN UPSR 2011 DIUMUMKAN
Keputusan UPSR diumumkan pada 17.11.2011 (Hari Khamis)
Tahniah diucapkan kepada 27 orang murid yang berjaya mendapat 5A.
PERMOHONAN KE MRSM
Perhatian kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR, 2011.
Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempelawa pelajar-pelajar tahun 6, 2011 untuk kemasukan Tingkatan 1 2011,MRSM di seluruh semenanjung Malaysia.
Pelajar yang berminat boleh menghubungi Pejabat Mara yang berhampiran dan datang sendiri bersama penjaga mereka dengan membawa salinan surat beranak, dan salinan keputusan peperiksaan UPSR yang telah disahkan.
Anak-anak juga perlu mengisi borang secara online.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA :
http://www.mara.gov.my
Tarikh tutup permohonan secara online pada 30 November 2011
Tarikh akhir menghantar borang permohonan pada 5 Disember 2011.
Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempelawa pelajar-pelajar tahun 6, 2011 untuk kemasukan Tingkatan 1 2011,MRSM di seluruh semenanjung Malaysia.
Pelajar yang berminat boleh menghubungi Pejabat Mara yang berhampiran dan datang sendiri bersama penjaga mereka dengan membawa salinan surat beranak, dan salinan keputusan peperiksaan UPSR yang telah disahkan.
Anak-anak juga perlu mengisi borang secara online.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA :
http://www.mara.gov.my
Tarikh tutup permohonan secara online pada 30 November 2011
Tarikh akhir menghantar borang permohonan pada 5 Disember 2011.
GALERI JAMUAN AKHIR TAHUN 6 2011
Bertempat di Dewan Terbuka SKJP pada 13.11.2011(Hari Ahad)
GALERI JAMUAN AKHIR TAHUN GURU SK JALAN PEGAWAI 2011
Bertempat di Hotel Seri Malaysia Alor Setar pada malam 15.11.2011(Hari Selasa)
HARI KEUSAHAWANAN SKJP
Hari Keusahawanan Sk Jalan Pegawai tahun 2011 telah berjaya diadakan dengan penuh kemeriahan walaupun hari tersebut hanya diadakan secara sederhana sahaja. Semua warga Sk Jalan Pegawai telah berbelanja dengan membeli sambil menderma. Pembelian dibuat dengan menggunakan kupon yang ditetapkan oleh sekolah. Tujuh gerai jualan ditubuhkan dan pelbagai jenis makanan dan minuman yang telah dijual.
KEM MOTIVASI BADAN UNIT BERUNIFORM 2011
Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kem Motivasi Badan Unit Beruniform kepada semua murid Tahun 4 dan Tahun 5. Kem ini telah di adakan pada tarikh 25 Oktober 2011( Hari Selasa) yang bertempat di Dewan Terbuka SKJP.
PERUTUSAN GURU BESAR

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahnya SK Jalan Pegawai telah berjaya mewujudkan blog sekolah untuk dimanfaatkan bersama.
Dengan wujudnya blog ini, diharap SK Jalan Pegawai lebih dikenali oleh masyarakat sekitar, sekaligus sebagai penghubung dan penyebar maklumat yang lebih pantas dan terkini kepada murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat. Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus berjaya menghasilkan anak didik yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kerjasama dari semua warga SK Jalan Pegawai dalam menjayakan usaha-usaha murni ini sangatlah saya hargai. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman blog ini.
Sekian....
Datin Hj Rusna Binti Abdullah@ Long
Guru Besar Sk Jalan Pegawai
HARI KEUSAHAWANAN SEKOLAH
Unit Kokurikulum SKJP sekali lagi akan menganjurkan Hari Keusahawanan bagi memenuhi perancangan aktiviti kokurikulum untuk tahun 2011. Kali terakhir Hari Keusahawanan ini diadakan pada penghujung tahun 2010. Pada hari tersebut semua warga Sk Jalan Pegawai akan membeli sambil menderma dengan menggunakan kupon yang telah ditetapkan oleh sekolah. Banyak gerai jualan ditubuhkan.
Tujuan Hari Keusahawanan diadakan adalah mengumpul dana untuk menceriakan bilik darjah serta membantu usaha pemuliharaan infrastruktur sekolah demi keselesaan murid..
Hari Keusahawanan ini diadakan pada:
Tarikh : 2 November 2011 (Hari Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.15 petang
Tempat : Tapak Perhimpunan SKJP
SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MELALUI SAPS
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau lebih dikenali dengan SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibu bapa melihat prestasi pencapaian anak mereka di sekolah. Hanya beberapa langkah sahaja yang diperlukan untuk semak keputusan peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, ujian penilaian dan peperiksaan percubaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
Berikut merupakan langkah untuk semak keputusan peperiksaan melalui SAPS:
1) Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
2) Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama adaSekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat





