PENGUMUMAN DAN TERKINI

==> Selamat Menyambut Hari Guru!
Tema Hari Guru 2012: Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara

TARIKH CUTI PERSEKOLAHAN 2012

Berikut adalah jadual penuh atau kalendar persekolahan bagi sesi 2012 yang diambil dari KPM. Jadual ini menunjukkan penggal persekolahan murid sekolah, jumlah hari persekolahan, jumlah hari bercuti dan juga cuti ganti bagi sesi 2012 nanti. Dengan ini, membolehkan para guru tampal pada buku pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Serta, boleh merancang untuk aktiviti sekolah dikala musim cuti, seperti kelas tambahan dan sebagainya. Begitu juga dengan cuti peribadi bersama ahli keluarga. Manfaatkan masa sebaiknya.

SAAT-SAAT KEPUTUSAN UPSR 2011 DIUMUMKAN

Keputusan UPSR diumumkan pada 17.11.2011 (Hari Khamis)
Tahniah diucapkan kepada  27 orang murid yang berjaya mendapat 5A.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

GALERI SK JALAN PEGAWAI