PENGUMUMAN DAN TERKINI

==> Selamat Menyambut Hari Guru!
Tema Hari Guru 2012: Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara

PERMOHONAN KE MRSM

Perhatian kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR, 2011.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempelawa pelajar-pelajar tahun 6, 2011 untuk kemasukan Tingkatan 1 2011,MRSM di seluruh semenanjung Malaysia.

Pelajar yang berminat boleh menghubungi Pejabat Mara yang berhampiran dan datang sendiri bersama penjaga mereka dengan membawa salinan surat beranak, dan salinan keputusan peperiksaan UPSR yang telah disahkan.

Anak-anak juga perlu mengisi borang secara online.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA :
http://www.mara.gov.my
Tarikh tutup permohonan secara online pada 30 November 2011
Tarikh akhir menghantar borang permohonan pada 5 Disember 2011.

GALERI JAMUAN AKHIR TAHUN 6 2011

Bertempat di Dewan Terbuka SKJP pada 13.11.2011(Hari Ahad)

GALERI JAMUAN AKHIR TAHUN GURU SK JALAN PEGAWAI 2011

Bertempat di Hotel Seri Malaysia Alor Setar pada malam 15.11.2011(Hari Selasa)

HARI KEUSAHAWANAN SKJP

Hari Keusahawanan Sk Jalan Pegawai tahun 2011 telah berjaya diadakan dengan penuh kemeriahan walaupun hari tersebut hanya diadakan secara sederhana sahaja. Semua warga Sk Jalan Pegawai telah berbelanja dengan membeli sambil menderma. Pembelian dibuat dengan menggunakan kupon yang ditetapkan oleh sekolah. Tujuh gerai jualan ditubuhkan dan pelbagai jenis makanan dan minuman yang telah dijual.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

GALERI SK JALAN PEGAWAI